Salam Ramadhan semua ;)

Assalamualaikum semua .

yey ! dah masuk hari ke-11 bagi bulan Ramadhan . pejam celik pejam celik dah lebih seminggu kan . muehehe . eh betul ke hari ke-11 ni ? hehehe betul la ... semua kena puasa tau kecuali kaum yang dapat MC . heeee 


haaa macam mana persiapan raya ? mesti kecohkan dapur dengan mangkuk , telur kuning , sia , oven dan lain-lain kan . hemmm untunglah . Farah tahun ni beraya secara sederhana sahaja . mungkin mood nak exam , itu pasal down sikit . tambahan lagi , peperiksaan Trial SPM . haaa gerun tak ? okay tak gerun untuk manusia yang sudah menjawab kertas-2 tu . Farah ni . haa Ya Rabbi macam tin kosong ja . rasa macam belum complete . macam tak tahu apa-2 . Ya Allah *okay lari topik raya :P ampunkan hambeeeeeee . 


By the way , you'olls tahun ni baju raya warna apa ? berapa pasang ? *ceit , cakap takda mood . hehehe eh no lah . bab ni kita sentiasa ada mood sebabnya , Farah jenis biar alah membeli , menang memakai . eh betul ke macam ni peribahasa ? hok aloh okay lah tu . haaaa . jawab cepat persoalan Farah . heee . mana tahu sedondon . Farah suka bila orang sedondon dengan Farah . tambah-2 kalau lelaki . *haa kau tengok ... tak betapa hegeh nya budak ni -.- eheeee gurau je .. 


okay . macam apa yang Farah bagi tahu tadi . Raya tahun ni simple . setakat ini , baru ada 2 baju yang Farah tempah untuk dijahit . bukan yang ready made macam dalam blog site- blog site yang ada di Malaysia . yang mampu membuatkan mata ku terlopong dan mulut ku terbeliak . *ho aceno tu ? hikhikhik . ha la . baju dalam blog site , web site , facebook group , semua Demi Allah sangat cantik . pilih je nak mana and macam biasalah . buat tak tahu pula . of course lah sediakan kchingggg ! tapi for me , as a student , harganya ... ekhem , boleh dapat 1 set baju + kasut +tudung + keronsang and .... ahah ! macam satu set keperluan lah so .. takpe . simpan dululah angan-2 mak jenin nak beli semua tu kat website . bila dah besar beli lah sendiri . *anak yang baik . tahu tak perlu bagi tahu . hiii malu i'ouls. ;P


heee nak tahu warna baju Farah ? okay Farah majoriti putih . tapi hak aaa kan , takkan nak bagi abah and adik pakai baju warna putih di pagi raya . macam nak dirikan masjid ja mama cakap , so no way lah warna macam tu untuk abah and adik . jadi ! selepas berbincang besar di meja bulat keluarga famili ini , maka semua bersetuju untuk memilih warna ungu belacan . actually soft punya warna . nak ungu pun tak but pink pun tak , tengah-2 lah . but me like ungu terang lagi :((( cantik ohhhhh . aaaaaaa its okay lah . warna apa pun tak pa except ! ya except ! hijauuuu . oh Farah alergic sikit warna ni . don't know why . 


okay setakat ni je lah nak post . see ! betapa tak semangatnya haku nak menyambut lebaran . ngeeeee . kay lah . biarpun Farah mencoret begitu banyak patah perkataan disini tapi jauh disudut hati tepi saluran 'coronary artery' rasa cuak nak pegang kertas trial jauh lebih tinggi peratusnya daripada perasaan hari raya ni . apa pun , nantikan update blog Farah seterusnya . hiiii . 


p/s : To those yang baca , terima kasih kerana sanggup menghabiskan masa berharga anda and Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berbuka bersama famili tersayang :) 




Assalamualaikum :DD

Comments

Popular posts from this blog

you never know the limit until you go for it

Pak Uda . :')

sis blogger :)